Monday 5 September 2011

12 Barisan

Disini saya ingin kongsi satu artikel untuk renungan kita bersama:

Suatu ketika, Muaz bin Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18. Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA - Diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA - Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA - Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.

"Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT - Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.

"Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA - Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM - Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.

"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH - Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN - Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN - Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH - Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS - Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS - Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:

"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.

Monday 15 August 2011

Mencari Ketenangan dan Kebahagian

Apakah punca sebenar yang menjadi penghalang kepada kita dalam mencari ketenangan dan kebahagian?. Bagi pendapat saya, ketenangan dan kebahagiaan  bukanlah secara total atau keseluhurannya disebabkan oleh kemiskinan,bencana,musibah dan sebagainya. Tetapi ianya berpunca dari sifat mazmumah dalam diri seseorang itu sendiri.Semakin tinggi sifat mazmumah, semakin sukar untuk mencari ketenangan dan kebahagian dalam hidup.

Kita ambil contoh paling mudah, sifat pemarah. Ianya senang dilihat, dikesan dan paling ramai dalam diri manusia. Orang seperti ini susah untuk mendapat kawan dan pasti tiada ketenangan dalam diri mereka. Contoh lain, sifat riak. Orang sebegini selalu tercari2 peluang untuk dipuji. Ini bermakna tiada keikhlasan dalam melakukan sesuatu dan ianya dilakukan semata2 utk menunjuk2 dan dipuji....Nauzubillah..

Dan banyak lagi sifat2 mazmumah yang mampu membantut usaha kita bagi mencapai ketenangan jiwa khususnya seperti tamak, hasad dengki, pendendam, bakhil dll. Jadi, dalam memudahkan laluan kita dalam mencapai ketenangan dan kebahagian dalam hidup, jauhkan diri kita sifat yang terkutuk ini agar segala amalan dan doa kita langsung diterima Allah. Selamat Berpuasa

Monday 8 August 2011

Bergembiralah


Memang kita tidak dapat lari dari kekecewaan, bahkan saya pun kadang2 kecewa sampai rasa terlalu keras menangis. Sebab saya fikir dengan menangis ianya dapat mengurangkan sedikit sebanyak kekecewaan yang saya alami,jadi xsalah utk saya menangis dan berasa malu utuk menangis. Teruk lelaki menangis,tapi saya nangis sorang2...hahaha.

Saya masih ingat lagi seorang hamba Allah menasihati saya "apabila kamu berasa kecewa kerana gagal memiliki apa yang kamu hendaki, terimalah dan bergembiralah". Saya tanya kembali " kenapa perlu saya bergembira sedangkan saya tengah bersedih". Jawabnya " kerana Tuhan sedang memikirkan sesuatu yang lebih baik untuk diri kamu". Rasa indahkan bila kita dikelilingi orang seperti ini yang mampu memberi semangat walaupun dengan kata-kata.

Ingatlah rakan2,saat terjadi apapun keatas diri kita,sama ada baik atau buruk, pertimbangkanlah ertinya.Kerana ada suatu maksud di setiap kehidupan. Saya percaya ianya akan membuat kita seringkali tertawa,tenang,gembira dan tidak terlalu keras menangis.













Wednesday 3 August 2011

Ramadhan

Minggu ini, bermulanya Ramadhan yang sentiasa dinanti pada setiap tahun dimana segala amalan dan ibadah digandakan Allah SWT.  Saya menasihatkan pada diri saya sendiri dan semua Muslimin dan Muslimat agar dapat mengambil peluang ini,untuk mengimarahkan bulan yang mulia ini. Semoga amalan ibadah kita diterima Allah. Ameeen.

Monday 18 July 2011

At Last.....

Salam Everyone.

I have been wanting to start a blog for a while because everyone is doing it, you know!... but i haven't been able to come up with a title. I wanted something that would incorporate the things that have become the biggest parts of my life that is myself,my family, living simply, and living with loss.

I tried a dozen different titles to try to get the "play on words" just right but nothing seemed to work exactly the way i wanted it or incorporate everything I wanted it to.Suddenly, i do not know where it comes to my mind, the word 'CHEMPIANG'. A cartoon series during my childhood time.May be because of it simplicity.The more I thought about it, the more I thought it worked well for myself. So here is my blog Chempiang-Semalam,Hari ini dan Esok.